Wednesday, July 2, 2014

Latihan Ilmiah

Sekarang musim pelajar bertungkus lumus menyiapkan Latihan Ilmiah. Daripada kurang lebih 50 pelajar tahun akhir  sesi 2013/2014 ini, hanya beberapa orang pelajar yang telah  menyerahkan Latihan Ilmiah mereka dan pulang ke kampung untuk berpuasa bersama ahli keluarga. Bakinya masih berhempas pulas. Anak-anak seliaan saya sendiri masih ada di Fakulti, masih menginap di kolej-kolej kediaman, memulakan puasa mereka bersama teman-teman senasib. Ooooh....keluhan itu bukan sahaja kedengaran daripada mereka, tapi juga kedengaran daripada para pensyarah. Latihan Ilmiah yang dihantar untuk disemak oleh penyelia tidak menepati kehendak tajuk. Banyak kelemahan dan kekurangan... abstrak tidak betul, objektif tidak jelas, cara menulis rujukan  kacau bilau dan banyak lagi. Jadi, adalah baik wahai pelajar sekalian kalau saya kongsikan di sini sedikit banyak apa yang saya tahu, contohnya bagaimana untuk menulis abstrak yang betul.

Abstrak biasanya ringkas dan padat. Ia perlu mengandungi  4 atau 5 perkara di bawah:

a. Pernyataan masalah
b. Objektif
c. Metodologi
d. Dapatan
e. Implikasi

Ada penyelia yang meminta pelajar supaya memasukkan implikasi kajian dalam abstrak dan ada yang tidak. Jadi, ikutlah apa yang diminta oleh pensyarah/penyelia masing-masing.Selamat berusaha diucapkan. Semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang.

No comments: