Friday, January 24, 2014

Hati terusik

Pengalaman lalu sepatutnya mengajar kita supaya tidak melakukan kesilapan yang sama, tetapi kerana perasaan teruja dan seronok untuk melakukan sesuatu yang diminati membuatkan kita lupa akan pengalaman atau kenangan tersebut. Perkara ini membuatkan kita mengalami keadaan/situasi yang sama atau hampir sama. Yang penting sekali, perasaan kita tetap terguris dan terluka. Semoga masa hadapan menjanjikan sesuatu yang lebih manis. Pengalaman dan cabaran menjadikan kita lebih dewasa dan matang. Terima kasih Tuhan.

No comments: