Tuesday, February 26, 2013

Umi Cool

Berurusan dengan anak yang baru berusia empat, lima tahun ini memang susah dan memenatkan. Sekembalinya dari sekolah tadika(dan saya dari pejabat), dia akan menuntut bermacam-macam. Minta bermain, bergurau, minta diajar mewarna, membaca, menulis, minta ke taman permainan, minta dibelikan aiskrim dan macam-macam lagi, sedangkan pada masa itu, banyak lagi kerja lain yang perlu dibereskan.Rengekan dan tangisannya yang nyaring dan kuat itu (apabila permintaannya tidak dilayan) menyebabkan kita naik darah, geram dan ada kalanya anak itu dimarah. Ooo susahnya untuk menjadi seorang umi yang tenang, relaks dan cool, padahal kita tahu bahawa itulah sikap anak kecil yang perlukan perhatian ibunya setelah seharian berpisah, setelah seharian dia dijaga dan diawasi oleh pihak lain yang bukan ibu bapanyanya. Anak itu perlukan perhatian, dan pada masa yang sama, ibunya perlukan rehat kerana kepenatan di tempat kerja. Konflik ini kalau dbiarkan akan menyebabkan anak itu menjadi seorang anak yang tidak ceria, yang memendam perasaan, yang pendendam dan kemungkinan akan menyebabkan dia menjauhkan diri dan seterusnya mencetuskan hubungan yang tidak mesra dengan ibu bapa dan keluarganya. Oh Tuhan...bantulah saya dan juga ibu-ibu yang lain. bantulah saya untuk menjadi seorang ibu yang memahami, seorang ibu yang mengasihi, yang menyayangi dan mengasihani anak kecilnya. bantulah aku Ya Rabb..!

No comments: