Sunday, March 3, 2013

Monyet dan Penjual Tarbus

Seorang peniaga keluar ke sebuah kampung untuk menjual tarbus. Peniaga itu berjalan sehingga merasa penat. Lalu, dia pun berhenti berteduh di bawah sepohon pokok yang besar. Kerana terlampau letih, dia terlelap. Di atas pokok itu pula, terdapat ramai monyet. Monyet itu turun ke bawah dan mengambil tarbus-tarbus yang dibawa oleh peniaga tersebut. Setiap ekor monyet mengambil satu tarbus dan memakainya. Kemudian monyet-monyet itu naik semula ke atas pokok. Lelaki itu kemudiannya terjaga dan melihat kelakuan monyet-monyet itu. Dia berusaha mengambil semula tarbus-tarbusnya, namun tidak berjaya. Peniaga iti tidak tahu apa nak buat, lalu dia menghempas tarbusnya ke tanah kerana marah. Monyet-monyet itu turut menghempas tarbus yang dipakai mereka. Dengan itu, semua tarbus itu jatuh ke tanah. Tarbus-tarbus itu dikutip semula oleh peniaga itu. Dia kemudiannya meneruskan perjalanannya dengan gembira. Terjemahan: Maheram Ahmad Teks asal: خرج تاجر لبيع الطرابيش في احدى القرى. سار البائع في طريقه الى أن أحس بالتعب فجلس في ظل شجرة كبيرة يستريح, ثم غفا من شدة التعب. كان على الشجرة قرود كثيرة فنزلت, وأخذ كل قرد طربوشا فوضعه على رأسه, وعاد الى أعلى الشجرة. استيقظ الرجل ورأى فعل القرود, فحاول استرجاع طرابيشه ولكن دون جدوى. احتار الرجل, فضرب طربوشه بالارض غضبا واذا بالقرود تفعل فعله, وتلقي بالطرابيش كلها على الارض جمع الرجل الطرابيش وتابع طريقه مسرورا.

No comments: