Friday, January 18, 2013
Harapan...
Tahun 2013 membawa semangat dan harapan baru. Apa yang berlaku pada tahun 2012, biarkan ia berlalu dan jadikan ia sebagai satu pengalaman dan juga pengajaran. Apa yang ingin dicapai pada tahun ini perlu dirangka dan dirancang dengan teliti dan dengan sebaik mungkin. Pelan tindakan perlu jelas, dan komitmen untuk merealisasikan harapan dan cita-cita perlulah tinggi, sekurang-kurang biarlah melepasi 80%, walaupun agak mustahil untuk mencapai 100%.
Bermula dengan keazaman dan kepercayaan diri, bahawa apa yang ingin diperoleh boleh dicapai, dan dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak, impian dan cita-cita akan dapat direalisasikan. Bermulalah dengan langkah pertama!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment