Friday, January 18, 2013

Rintihan...

Membaca tesis pelajar (termasuk juga proposal) adakalanya membuatkan kita tersenyum gembira, dan adakalanya membuatkan kita sakit... bermacam-macam sakit yang kita rasa...sakit kepala, sakit mata, sakit hati, sakit perasaan dan sakit jiwa. kesakitan berlaku apabila terpandang masih banyak ejaan yang silap, masih banyak ayat yang tergantung, masih wujud perenggan yang tidak dibina dengan betul, masih ada rujukan yang tidak dimasukkan, masih banyak yang memberi ceramah, dan macam-macam lagi. Adakalanya terfikir sendirian, adakah pelajar ini tidak faham apa yang diberitahu oleh penasihat akademik ataupun oleh penyelianya... adakah semasa penerangan diberikan, dia tidak menumpukan perhatian... adakah dia malu untuk bertanya apabila dia tak faham, atau dia malu bertanya kerana takut dilabelkan dengan label-label negatif... oh..penatnya! janganlah buat kami begini.

No comments: