Friday, January 18, 2013

Syukur..

Menjadi suri rumah sepenuh masanya...maknanya tak perlu pergi kerja di luar rumah...tak perlu pening kepala memikirkan tugas yang perlu diselesaikan...tak perlu kejar masa... tak perlu jaga perasaan bos, rakan sekerja, tukang cuci dll...nampak mcm seronok je...tapi... tapi apabila difikir-fikirkan, kerja di rumah juga bukannya mudah. memang benarlah, kita bos dan kita juga pekerja, merangkap tukang masak, tukang sapu, pengasuh, tukang hantar dan ambil anak dari sekolah, serta pelbagai tugasan lain. Tabik pada suri rumah sepenuh masa. Berbalik kepada suri rumah separuh masa (dengan kata lain, di rumah kerja dan di luar rumah juga kerja), markah bonus perlu diberikan, sebab mereka boleh melakukan dua kerja dalam kehidupan seharian mereka. Ada juga yang sampai bawa tugasan pejabat ke rumah. Yang ini, bolehlah dikatakan mereka buat dua kerja dalam satu masa...Syukur kepada Allah SI Maha Pencipta, yang menganugerahkan kekuatan dan kemampuan untuk terus berbakti, walaupun tidak sebesar mana. Terima kasih Tuhan, kerana menjadikan aku seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu.

No comments: