Friday, April 22, 2011

Pers0nifikasi




Personifikasi ialah unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia. Ia dikatakan penjelmaan perorangan. Binatang, tumbuh-tumbuhan, atau benda-benda mati yang lainnya diberi sifat-sifat manusia. Misalnya, ombak dikatakan berkejaran, bulan dikatakan tersenyum, daun-daun dikatakan berbisik dan bercakaran dan sebagainya (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 72). Dalam bahasa Arab ia dipanggil al-tajsid atau al-tasykhis, iaitu proses menggambarkan sifat manusia kepada idea atau sifat-sifat lain (Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab 2002: 71)

No comments: