Friday, April 22, 2011

Mubalaghah

Hiperbola ialah bentuk-bentuk ungkapan yang memperbesar-besarkan atau melebih-lebihkan makna yang hendak disampaikan (Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2001). Dalam bahasa Arab, ia dipanggil al-mubalaghah. Biasanya, ia digunakan untuk memperlihatkan keagungan atau kehandalan seseorang atau untuk memperlihatkan kehebatan sesuatu peristiwa atau suasana. Misalnya: Darah mengalir menganak sungai; Cita-citanya menggunung tinggi (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 25). Contoh mubalaghah dalam bahasa Arab ialah ظُلمات بعضها فوق بعض إذا أخرج يده لم يكد يراها (al-Hasyimiy t.th: 304). Contoh ini menerangkan bahawa hari terlalu gelap sehingga apabila tangan dikeluarkan, ia hampir-hampir tidak kelihatan (tidak boleh dilihat).

No comments: