Wednesday, January 19, 2011

Tak kusanggup...!

Walaupun aku amat menyayangi dan menyintainya, tetapi aku tidak sanggup meneruskan perhubungan ini. Walaupun aku tahu bahawa aku tidak akan bisa melupakannya sampai bila-bila, tetapi aku sanggup mencuba. Walaupun cintaku dan cintanya betul-betul ikhlas dan kuat, tapi aku tidak sanggup meruntuhkan istana bahagia yang sudah sekian lama terbina. Walaupun perkenalan dan persahabatanku dengannya sudah menjangkau beberapa tahun lamanya, tetapi apabila aku terpandang wajah sayu anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu, aku menjadi tidak sanggup untuk merampas kasih ayahnya. Walaupun sahabatku itu berjanji untuk berlaku adil dan saksama, antara aku dan bakal maduku...tapi aku tak sanggup melukakan hati kaum sejenisku. Aku tak sanggup dianggap perampas suami orang oleh masyarakat di sekelilingku. Aku tidak sanggup dicemuh dan dihina oleh orang yang tidak memahami situasiku. Kerana tidak sanggup, aku sanggup memilih jalan ini; berpisah dengannya walaupun jauh di sudut hatiku, tersimpul kemas cinta dan kasihku padanya. Aku akan cuba membina hidup baru, jauh daripadanya, walaupun pada saat ini, aku masih tidak sanggup menerima cinta daripada lelaki lain. Biarlah aku begini sementara aku masih sanggup menerima semua ini dengan reda dan ikhlas. Moga akan ada ruang untukku bahagia dan gembira, dan doaku semoga dia terus bahagia bersama keluarganya. Semoga keluarganya tidak disia-siakan. Selamat tinggal kekasihku...!

2 comments:

Anonymous said...

aiik... lain macam bunyinya ni

Maheram Ahmad said...

Tak ada yang peliknya...itulah antara fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang...antara cebisan cerita masyarakat. Aku hanyalah sebahagian watak yang ada.