Wednesday, January 12, 2011

Pantun Semangat

Mencari mengkuang di Sungai Langat,
Mengkuang dianyam menjadi raga,
Tempuhilah cabaran kentalkan semangat,
Penawar yang mujarab pasti ada.

Mengkuang dianyam menjadi raga,
Raga dijual di kedai kemboja,
Semangat juang kobarkan sentiasa,
Menjadi azimat seisi keluarga.

Raga dijual amatlah indah,
Bentuknya cantik berwarna-warni,
Usah dibimbang usah digundah,
Berdoa dan bertawakallah pada Ilahi.

Gubahan:
Maheram Ahmad

1 comment:

kid jimbo said...

terima kasih.... pantun ini sangat berguna untuk sya