Wednesday, January 12, 2011

Ujian-Mu Tuhan...!!!

Hari ini 12 Januari 2011. Hari ini aku cuti...merehatkan diri yang kepenatan dengan kerja-kerja seharian...kerja sebagai pendidik kepada mahasiswa/iku, sebagai ketua jabatan dan juga sebagai isteri dan ibu kepada anak kecilku. Tambahan pula aku tak berapa sihat...keracunan makanan barangkali...nasi berlaukkan sambal udang yang kumakan di sebuah restoran di bangunan PKNS kelmarin membuatkan aku berulang alik ke bilik air...nak mengajarpun tak senang dibuatnya. Alhamdulillah, hari ini aku beransur baik.

Pagi ini aku tersasar lagi...kepenatan barangkali membuatkan aku terlelap lagi sewaktu azan berkumandang, sedangkan sebelum itu aku bangun menyediakan susu untuk anakku, tetapi apakan daya...bunyi loceng dan azan Subuh yang biasanya kudengar setiap hari tidak kudengar hari ini. Jadi, terpaksalah ku solat qada' hari ini. Moga kesilapanku diampunkan Penciptaku; al-Khaliq; Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hari ini Ilham tidak kuhantar ke rumah pengasuh... biarlah aku bermain dengannya hari ini...walaupun kerenahnya agak memenatkan dan sering kali membuatkan aku marah, tetapi aku mahu dia berada bersamaku pada hari cutiku ini. Bolehlah aku meluangkan masa bersama-sama dengannya.

Setelah sarapan, nada mesej blackberryku berbunyi...adikku menghantar mesej, mengatakan dia sekarang berada di hospital bersama suaminya; adik iparku. Adik iparku sebenarnya baru selesai menjalani pembedahan pada bulan Disember tahun lepas, tahun 2010; tahun yang meninggalkan kenangan pahit buat adikku seisi keluarga. Suami yang dijadikan tempat bergantung oleh isteri dan anak-anak kini terlantar sakit...sakit yang mungkin ada penawarnya, dan mungkin juga tidak. Hanya kepada Allah aku memohon agar urusan adikku sekeluarga dipermudahkan dan segala doa yang dipohon dimakbulkan. Adik iparku di hospital sedang menunngu giliran untuk diCTscankan. Ah...apabila menyebut CT Scan...terbayang di ruang mataku dua peristiwa menyedihkan yang menimpa keluarga beberapa tahun lalu. Satu peristiwa berlaku pada tahun 1997, dan satu lagi berlaku pada tahun 2006.

Tahun 1997 sudah lama berlalu...sudah 13 tahun, tapi peristiwa itu tetap terbayang di ruang mata. Adikku; adik lelakiku yang kusayangi dijemput Ilahi seawal Subuh. Pada waktu itu, kami semua berada di sampingnya; di katilnya di Hospital USM Kubang kerian, Kota Bharu. Dia diserang sejenis kanser...Pada pagi itu, aku masih ingat...dia asyik bertanya padaku pukul berapa..pabila kutanya kenapa, dia jawab dia ingin pulang ke rumah...dia ingin balik...pabila azan Subuh berkumandang, dia sempat solat, walaupun solat isyarat waktu sahaja...kemudian dia buang air (bukan di pampers, tetapi di tandas bergerak) dan minta ibuku cucikan...setelah itu, kami naikkan dia ke katil dan pada saat itulah, dia berubah tiba-tiba...lalu kami bacakan Yasin, dan hanya beberapa ayat sempat dibaca...dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...keadaannya amat menyayat hati...dia menghembuskan nafasnya dalam keadaan qiyam...seolah-olah sedang solat...dan nafasnya habis setelah memberi salam...doktor dan juru rawat cuba membantu...dengan mesin elektrik untuk menghidupkan jantungnya...tapi ditahan ibuku...waktu itu, usianya baru mencecah 18 tahun...masih muda remaja...ibuku amat terluka dengan peristiwa itu...itulah anak lelaki sulungnya... kerana kesemua empat anaknya yang tua adalah perempuan.

Kanser yang menyerang amat memedihkan..arwah terpaksa bertarung untuk menyelamatkan dirinya...dan kami sekeluarga berjuang habis-habisan untuk menyelamatkannya, tapi Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Setelah tempoh enam bulan habis untuk rawatan kemoterapi...keadaannya kembali pulih...badannya kembali berisi, rambutnya yang gugur kembali tumbuh; hitam dan lebat...keadaannya dan keadaan kami sekeluarga kembali ceria...tapi panas yang diharapkan sampai ke petang tidak kesampaian...tiba-tiba hujan turun di tengah hari. Tanpa disangka-sangka adikku diserang mini strok ketika bangun pagi dan sedang berwuduk...dan setelah seminggu di hospital, diapun dijemput Ilahi.

Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami sekeluarga, lebih-lebih lagi ibuku. Dia mengambil masa yang amat lama untuk melupakan (zahirnya tetapi hatinya hanya Allah yang tahu) peristiwa itu.

Hari silih berganti dan masa terus berlalu...tahun 2005, kesihatan ibuku pula merosot...kerap kali dia berulang-alik ke hospital...penyakitnya tidak dapat dikesan...doktor cuma memberinya ubat gastrik...hinggalah pada suatu hari, adikku membawanya ke sebuah klinik swasta untuk ujian darah...dan hasil ujian itu amat menyedihkan...ibuku disahkan mengidap Hepatatis B...dan pabila kubawa ibu ke Hospital...dan ujian lanjut dibuat...ibuku disahkan mengidap sejenis kanser. Tidak dapat kugambarkan keadaanku ketika itu. Hanya Tuhan yang tahu apa perasaanku...luka lama berdarah kembali...Alhamdulillah...ketika itu aku sedang bercuti belajar untuk menyiapkan Ph.Dku...jadi bolehlah aku menjaga ibuku, siang dan malam, di rumah dan juga di hospital...tesis kutinggalkan buat seketika...ibu yang kusayangi tabah dan sabar mengharungi semua ujian itu...semangatnya cukup kental...dia tidak pernah bersungut, malah menerima semua ketentuan itu dengan redha dan pasrah...dan pada April 2008, ibuku pula kembali menyahut panggilan Ilahi. Pagi Sabtu yang memilukan itu akan tetap bersemadi dalam ingatan. Selamat pergi ibuku...kita akan berjumpa lagi di sana nanti. Semoga Allah izinkan kita bertemu...!!!

Kini, hari ini, adik iparku pula yang akan diCTscankan...alangkah besarnya cubaan-Mu Allah. Keluargaku akan menghadapi satu lagi situasi yang cukup mencabar kesabaran dan keimanan. Lebih-lebih lagi adikku dan anaknya yang seramai 6 orang itu. Semuanya masih kecil...masih tidak mengerti betapa pahitnya hidup ini...Ya Allah ya Tuhanku...kumohon pada-Mu agar ditetapkan iman, dan dicekalkan hati untuk menghadapi semua dugaan-Mu ini...

Kepada ibu dan adik yang telah pergi...kumohon agar ruh mereka tenteram dan aman di alam sana. al-Fatihah untuk mereka yang kusayang...! Kepada adikku...bersabarlah dengan cubaan Allah ini. Semoga urusan kita dipermudahkan. Amin...!

2 comments:

Anonymous said...

semoga Ustazah tabah menghadapi ujia dariNya

share itu bagus said...

๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
*-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*

7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

*NOTE* :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring