Terjemahan:
Maheram Ahmad (UKM)
باسمه سبحانه
{ وإن من شيء إلاّ يسبح بحمده }
Sesungguhnya ketua dan pemimpin rangkaian al-Naqshabandiah; al-Imam al-Rabbani (r.a.) dalam bukunya Maktubat berkata:
“ Sesungguhnya saya suka mentarjihkan/memilih kejelasan sesuatu masalah itu daripada hakikat keimanan dan keterselahannya berbanding ribuan citarasa, perasaan halus dan keramat”.
Beliau juga berkata: “ Sesungguhnya penamat segala tarikat sufi ialah kejelasan hakikat iman dan keterserlahannya”. Begitu juga beliau mengatakan: “Sesungguhnya al-wilayah ( maqam kewalian ) ini ada tiga bahagian: al-wilayah al-sughra ( wilayah kecil), iaitu wilayah yang paling masyhur. Bahagian yang kedua ialah al-wilayah al-wusta ( kewalian pertengahan ) dan bahagian yang ketiga ialah al-wilayah al-kubra (kewalian besar). Al-Wilayah al-kubra inilah yang membuka jalan kepada hakikat secara terus/lngsung tanpa perlu masuk ke dalam barzakh (petak, medan ) tasawuf, bahkan perkara ini boleh dicapai menerusi warisan kenabian”.
Katanya lagi: “ Tatalaku dalam tarikat Naqshabandiah berlaku dalam dua cara, iaitu pertama, iktikad yang betul terhadap hakikat iman, dan kedua ialah dengan melakukan fardu dan tuntutan agama dengan sempurna. Sekiranya berlaku cacat cela dalam salah satu bahagian ini, maka adalah susah untuk berjalan di jalan ini”.
Ini bermaksud, tarikat Naqshabandiah ini mempunyai tiga bentuk/cara:
Pertamanya adalah dengan berkhidmat terus kepada hakikat keimanan, iaitu seperti khidmat yang dicurahkan oleh al-Imam al-Rabbani pada saat-saat akhir usianya.
Kedua: Berkhidmat kepada tuntutan dan fardu agama serta hadis nabi (s.a.w) di bawah tabir tarikat.
Ketiga: Berusaha untuk membuang penyakit-penyakit hati melalui cara tasawuf dan berjalan mengikut langkah hati.
Cara yang pertama, hukumnya ialah fardu, yang kedua ialah wajib dan yang ketiga ialah sunat.
Oleh kerana hakikatnya adalah begitu, maka aku amat berharap sekiranya dapat, agar Syeikh Abdul Kadir al-Kilani , al-Shah al-Naqshabandi , al-Imam al-Rabbani dan orang yang seumpama dengan mereka, yang terdiri daripada ketua iman (r.a.) zaman ini berusaha sedapat mungkin untuk menguatkan hakikat keimanan dan akidah Islam. Ini kerana kedua-dua perkara ini merupakan pencetus kepada kebahagian yang abadi, dan apa-apa kecacatan yang berlaku pada kedua-dua perkara itu membawa makna kesusahan/penderitaan yang kekal selamanya.
Ya, syurga tidak boleh dimasuki kecuali dengan iman. Ramai yang berjaya memasukinya tanpa bertasawuf. Manusia tidak mungkin hidup tanpa roti/nasi, tetapi dia boleh hidup tanpa buah. Jadi, tasawuf adalah buah, sementara hakikat Islam adalah roti atau nasi tadi.
Dalam hal ini, pendakian ke arah sesetengah hakikat iman memakan masa selama 40 hari, melalui tingkah laku dan perbuatan. Ada kalanya pendakian ini mengambil masa yang agak lama hingga sampai keempat puluh tahun. Kalaulah rahmat Allah s.w.t mempersiapkan jalan kepada kita untuk mendaki ke arah itu pada zaman sekarang, ia tidak akan mengambil masa walaupun hanya 40 minit! Jadi, tidak patutlah kalau kita tidak mempeduliakan hal ini?!
Maka, sesiapa sahaja yang membaca 33 risalah daripada al-Kalimat itu dengan teliti, mereka akan menyakini bahawa al-Kalimat itu telah membuka jalan al-Qur’an kepada mereka.
Selagi hakikatnya begitu, maka aku berpendapat bahawa al-Kalimat yang ditulis untuk menerangkan rahsia al-Qur’an itu merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit zaman ini dan balsam yang paling baik untuk merawat luka. Ia juga merupakan cahaya yang paling terang untuk menyuluh kegelapan yang menimpa masyarakat Islam dan petunjuk serta dalil yang paling benar untuk menunjukkan jalan kepada mereka yang kebingungan, yang hidup di wadi/lembah kesesatan.
Saudaraku! Kamu benar-benar tahu bahawa sekiranya kesesatan itu timbul daripada kejahilan, maka untuk menghapuskannya adalah mudah, tetapi sekiranya ia muncul daripada ilmu, maka untuk menghapuskannya adalah sukar dan rumit. Seperti yang lepas-lepas, bahagian yang kedua ini jarang sekali berlaku. Mungkin dalam seribu, yang ada hanya satu, yang sesat dengan nama ilmu. Sekiranya orang yang sesat kerana ilmu ini ada, mungkin yang akan kembali ke pangkal jalan hanyalah satu daripada seribu itu. Ini kerana puak-puak ini biasanya kagum pada diri sendiri. Walaupun mereka sebenarnya jahil, tetapi mereka menganggap diri mereka serba tahu.
Aku berpendapat bahawa Allah a.w.t telah menganugerahkan ciri-ciri tertentu sebagai penyembuh yang mujarab dan penawar yang dapat menghilangkan racun zandaqah/kemujafikan dan kesesatan pada zaman ini kepada al-Kalimat yang terkenal itu, yang merupakan cahaya/kilauan maknawi daripada I`jaz al-Qur’an al-Karim.
Al-Baqi huwa al-baqi
Sa`id al-Nursi
No comments:
Post a Comment