Sunday, January 16, 2011

Semalam

Saat ini adalah realiti...Hari ini pula belum pasti, sedangkan semalam adalah kenangan. Kenangan yang ada kalanya menggembirakan dan sering kali juga menyedihkan, mengharukan, dan menakutkan. Peristiwa yang berlaku pada seorang teman semalam meninggalkan kesan yang mendalam pada diriku sendiri. Aku sering kali terfikir bagaimana agaknya tindakanku kalau tiba-tiba sahaja rumahku dimasuki pencuri atau perompak seperti yang dialami oleh temanku itu. Beranikah aku...atau penakutkah...atau terus pengsankah...? Hanya kepada-Nya aku berdoa dan berharap agar keluargaku dilindungi dan dirahmati-Nya.

Aku tertanya-tanya...kenapa manusia seperti perompak itu terlalu keras hati...kemana perginya sifat kemanusiaan seorang manusia...tidak terfikirkah dia, kalau orang tuanya atau adik beradiknya atau sanak saudaranya...atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengannya mengalami peristiwa yang sama...dirompak dan diacukan senjata, malah dipukul begitu teruk sekali...lebih sedih lagi apabila perompak itu juga orang Islam...Islam yang tidak beriman...itulah nama yang sesuai untuknya.Moga terbuka pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

1 comment:

Anonymous said...

Moga perompak itu mendapat balasan yg setimpal..