Saturday, January 15, 2011

Menterjemah Kata Nama Bandar dan Tempat

Terdapat sesetengah bandar dan tempat dalam bahasa Arab ditulis dalam bahasa asing,khususnya bahasa Inggeris dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal. Akan tetapi, memandangkan ia sudah digunakan sejak dahulu lagi, maka penterjemah haruslah menggunakan kata nama tersebut seperti yang sudah ada. Sebagai contoh, nama al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) - Kaherah (BM); al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir (BA) - Algeria (BI & BM).

Dalam konteks terjemahan Arab-Melayu, penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada. Ini bermakna kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggerisnya yang asal seperti Tripoli ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal seperti Iskandariah. Walau bagaimanapun, secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Dapat diperhatikan bahawa kebanyakan kata nama bandar dan tempat dalam bahasa Arab dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir. Dalam konteks terjemahan Arab-Melayu, kata sandang al ini perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan selepas ia ditransliterasikan menjadi al-, perkataan selepas itu hendaklah dimulakan dengan huruf besar. Ataupun kata nama tempat diterjemah/dipadankan dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.

1 comment:

Anonymous said...

السلام عليكم
أستاذتي الموقرة
ما رأيك في ترجمة اسم الأماكن في ماليزيا إلى العربية؟ لأني ألاحظ هناك رأيان سائدان فالأول يرى لازم تعريبها وأما الثاني فيرى لا بد أن نستخدمها كما وردت في لغتنا. وهذه القضبة أيضا ما زالت تنشئ مشكلة في التدريس وعلى سبيل المثال كلمة : سلاغور أو سلانجور
شكرا .