Tuesday, December 14, 2010

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama – الضمائر – Pronouns
Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang, benda, tempat, dan perkara. Contohnya, saya, awak, dia dan apa.

Kata ganti nama pisah – الضمائر المنفصلة – Separate pronouns
Kata ganti nama pisah ialah kata ganti nama yang ditulis secara terpisah daripada perkataan lain. Maksudnya, ia tidak ditulis secara bersambung atau bercantum dengan perkataan lain dan berdiri sebagai morfem bebas. Sebagai contoh, bahasa Arab mempunyai 14 kata ganti nama terpisah, yang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1. ضمائر الرفع المنفصلة yang diwakili oleh:
أَنَا ، نَحْنُ ، أَنْتَ ،أَنْتِ ، أَنْتُمَا ، أَنْتُمَا ، أَنْتُمْ ، أَنْتُنَّ ، هُوَ ، هِيَ ، هُمَا ، هُمَا ، هُمْ ، هُنَّ
2. ضمائر النصب المنفصلة yang diwakili oleh:
إياي ، إيانا ، إياكَ، إيِاكِ ، إياكما ، إياكما ، إياكُمْ ، إياكُنَّ ، إياه ، إياها ، إياهما ، إياهما ، إياهم ، إياهُنَّ

Kata ganti nama sambung – الضمائر المتّصلة – Connected pronouns
Kata ganti nama yang ditulis secara tercantum atau bersambung dengan perkataan lain, biasanya kata kerja dan kata nama. Bahasa Arab contohnya, membahagikan kata ganti nama yang ditulis bersambung dengan perkataan lain ini kepada tiga jenis, iaitu:
1. ضمائر الرفع المتصلة yang diwakili oleh:
تاء المتكلّم ، نا الفاعلين ، تاء المخاطب ، ياء المخاطبة ، ألف الإثنين ، واو الجماعة ، نون النسوة
Sebagai contoh:
كتبتُ ، كتبنَا ، كتبتِ ، تكتبين ، اكتبي ، تكتبان ، اكتبا ، كتبا ، كتبوا ، اكتبوا ، يكتبون ، كتبْنَ ، يَكْتُبْنَ ، اكتُبْنَ
2.ضمائر النصب المتصلة yang diwakili oleh:
ياء المتكلّم ، نا المتكلّمين ، كاف المخاطب والمخاطبة ، كُمَا للمثنى المخاطب ، كُمْ للمخاطبين ، كُنَّ للمخاطبات ، هاء الغائب ، هاء الغائبة ، هُمَا للغائبين ، هُمْ للغائبين ، هُنَّ للغائبات
Sebagai contoh:
عَلَّمني ، عَلَّمَنَا ، عَلَّمَكَ ، عَلَّمَكِ ، عَلَّمَكُمَا ، عَلَّمَكُمْ ، عَلَّمَكُنَّ ، عَلَّمَهُ ، عَلَّمَهُمَا ، عَلَّمَهَا ، عَلَّمَهُمْ ، عَلَّمَهُنَّ
3. ضمائر الجر المتصلة. Kata ganti nama ini bersambung dengan kata nama, lalu mengambil tempat jar muf ilayh. Kata ganti nama ini adalah sama dengan kata ganti nama ضمائر النصب المتصلة tadi.
Sebagai contoh:
كتابي ، كتابنا ، كتابُكَ ، كتابُكِ ، كتابكُما ، كتابكُمْ ، كتابكُنَّ ، بي ، بِنَا ، بِكُمَا ، بِكُمْ ، بِكُنَّ ، كتابه ، كتابُهَا ، كتابُهُما ، كتابُهُمْ ، بِهِ ، بهَا ، بِهِمْ ، بِهِنَّ

Kata ganti nama tersembunyi – الضمائر المستترة – Latent pronouns
Kata ganti nama ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia tersembunyi dalam perkataan. Kata ganti nama tersembunyi ini juga terdapat dalam bahasa Arab. Kata ganti nama ini diwakili oleh:
أنا ، نَحْنُ ، أنتَ ، أنتِ ، هو ، هي
Sebagai contoh:
a. أَعْلَمُ (Saya tahu). Kata kerja yang dijadikan contoh ini ialah فعل مضارع (kata kerja kala kini). Dalam contoh ini terdapat satu kata ganti nama tersembunyi yang andaiannya ialah أنا (saya).
b. نَعْلَمُ (Kami/Kita tahu). Dalam contoh ini (juga kata kerja kala kini) terdapat satu kata ganti nama tersembunyi yang andaiannya ialah نَحْنُ (kami/kita).
c. اعْلَمْ (Ketahuilah). ِاعْلَمْ ialah فعل أمر (kata kerja perintah). Dalam kata kerja ini terdapat satu kata ganti nama yang tersembunyi yang andaiannya ialah أنتَ (awak – lelaki).
d. يَعْلَمُ (Dia tahu). Dalam kata kerja kala kini ini terdapat satu kata ganti nama tersembunyi yang andaiannya ialah هو (dia – lelaki).
e. تَعْلَمُ (Dia tahu). Contoh ini ialah kata kerja kala kini. Dalam kata kerja ini terdapat satu kata ganti nama tersembunyi yang andaiannya ialah هي (dia – perempuan).



Kata ganti nama diri pertama – الضمير المتكلّم – I / Me / We
Kata ganti nama yang merujuk orang pertama, iaitu orang yang bercakap. Dalam bahasa Arab contohnya, terdapat dua kata ganti nama pertama, iaitu أنا yang digunakan untuk merujuk diri pertama dan digunakan untuk lelaki dan perempuan, dan نَحْنُ (kami/kita, digunakan untuk lelaki dan perempuan – duaan dan jamak). Dalam bahasa Melayu pula, kata ganti nama diri pertama ini diwakili oleh (sebagai contoh) saya (lelaki/perempuan – mufrad), aku (lelaki/perempuan – mufrad), kami (lelaki/perempuan – duaan/jamak), dan kita (lelaki/permpuan – duaan/jamak).

Kata ganti nama diri kedua – الضمير المخاطب – You
Kata ganti nama yang digunakan untuk menggantikan diri orang kedua (yang dilawan bercakap). Dalam bahasa Arab misalnya, kata ganti nama ini diwakili oleh أنتَ (khusus untuk lelaki – mufrad) , أنتِ (khusus untuk perempuan – mufrad), أنتُمَا (digunakan khusus untuk lelaki dan perempuan – duaan), أنتُمْ (khusus untuk lelaki – jamak) dan أنْتُنَّ (khusus untuk perempuan – jamak), manakala dalam bahasa Melayu pula, kata ganti nama ini diwakili oleh awak, kamu, engkau, anda dan kalian. Kata awak, kamu, engkau dan anda digunakan untuk lelaki/perempuan – mufrad, manakala kalian digunakan untuk lelaki/perempuan – jamak. Kata ganti nama bentuk mufrad atau tunggal ini boleh dijadikan bentuk jamak dengan cara menambahkan kata bilangan semua, berdua dan seumpamanya. Misalnya awak berdua, awak semua, anda berdua, anda semua, kamu berdua, kamu bertiga dan sebagainya.

Kata ganti nama diri ketiga – الضمير الغائب – He / She / They
Kata ganti nama ini digunakan untuk merujuk diri orang ketiga yang tidak ada di hadapan penutur atau orang yang bercakap. Sebagai contoh, bahasa Arab menggunakan kata ganti nama ketiga هُوَ (lelaki – mufrad) , هُمَا (lelaki – duaan) dan هُمْ (lelaki – jamak) serta هِيَ (perempuan – mufrad), هُمَا (perempuan – duaan) dan هُنَّ (perempuan – jamak). Dalam bahasa Melayu pula, kata ganti nama ini diwakili oleh dia, ia, beliau dan –nya (bentuk mufrad) serta mereka (bentuk jamak).

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum dr

saya baru terjumpa blog ni. saya sekarang tengah merangkak belajar Terjemahan Alquraan secara Harfiah.

Alhamdulillah blog dr ni banyak membantu saya memahami Bahasa Arab. Belajar Harfiah ni agak susah sikit sebab guru tak ikut silibus atau sistem tertentu. Bila masalah tu datang atau semasa kita baca Alquraan baru guru akan ajar. Jadi agak berterabur dan confusing skit lah. Mungkin itu kaedah pembelajaran terjemahan.

wassalam.

Anonymous said...

DR..SAYA AMIRAH AFIQAH SY BERUMUR 11 TAHUN IAITU DARJAH 5..
SY AKAN MENGHADAPI UPKK PADA 23 HINNGA26 SEPTEMBER..
BHOLEHKAH DR. MMBERI CONTOH MEMUKUL IAITU DOROBA DLM HUA, HUMA,HUM,HIYA,HUMA,HUNNA ,ANTA,ANTUMA ,ANTUM,ANTI,ANTUMA,ANTUNNA,ANA SERTA NAHNU..
USTAZ TELAH MENAJAR SY AKAN TETAPI SY TIDAK BEBERAPA FAHAM.
SY HARAP DR. BOLEH JWB SOALAN SY NI..FB SY-AFIQAH YUSRI ATAU SITI ZUHARA. LEBIH BAIK DR. PILIH SITI ZUHARA KERNA SY LEBIH SENANG MMBUKANYA DARI AFIQAHYUSRI..^_^
SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anonymous said...

DR..SAYA AMIRAH AFIQAH SY BERUMUR 11 TAHUN IAITU DARJAH 5..
SY AKAN MENGHADAPI UPKK PADA 23 HINNGA26 SEPTEMBER..
BHOLEHKAH DR. MMBERI CONTOH MEMUKUL IAITU DOROBA DLM HUA, HUMA,HUM,HIYA,HUMA,HUNNA ,ANTA,ANTUMA ,ANTUM,ANTI,ANTUMA,ANTUNNA,ANA SERTA NAHNU..
USTAZ TELAH MENAJAR SY AKAN TETAPI SY TIDAK BEBERAPA FAHAM.
SY HARAP DR. BOLEH JWB SOALAN SY NI..FB SY-AFIQAH YUSRI ATAU SITI ZUHARA. LEBIH BAIK DR. PILIH SITI ZUHARA KERNA SY LEBIH SENANG MMBUKANYA DARI AFIQAHYUSRI..^_^
SEKIAN, TERIMA KASIH..