Friday, June 7, 2013

SISTEM SAPAAN

Kaedah yang digunakan oleh sesebuah masyarakat untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam suasana rasmi atau tidak rasmi dikenali sebagai sistem sapaan. Sistem ini mempunyai peranan dalam menghubungkan orang yang disapa dengan orang yang menyapa. Bentuk sapaan perlu digunakan sebaik mungkin agar komunikasi antara kedua-dua belah pihak berlaku dalam suasana mesra, harmoni dan tidak tegang. Bentuk sapaan ini perlu digunakan secara tepat sepertimana yang dipersetujui dan diterima oleh masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa untuk menentukannya.

Dalam bahasa Melayu misalnya, sistem sapaan ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, (pembaca boleh rujuk buku yang ditulis oleh Amat Juhari Moain yang bertajuk Sistem Panggilan dalam bahasa Melayu) iaitu:


  • Susunan kata yang digunakan semasa membuat sapaan atau panggilan, iaitu sapaan lengkap (dengan kata rujukan kehormat, gelaran/pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap), sapaan ringkas (nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi).
  • Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.
  • Penggunaan kata ganti nama diri. 
  • Kata ganti nama diri pertama, seperti saya, aku, beta dan patik.
  • Kata ganti nama diri kedua, seperti tuan, puan, encik, cik, saudara dan saudari.
  • Kata ganti nama diri ketiga, seperti beliau, dia, ia dan mereka.

Kata ganti nama diri merupakan bentuk yang lebih umum dan kerap digunakan. Kata ini kurang kompleks kalau dibandingkan dengan bentuk sapaan yang lain. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:


No comments: