Sunday, October 9, 2011

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa imbuhan yang dipinjam daripada bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Jawa dan bahasa Sanskrit. Daripada bahasa Inggeris, terdapat imbuhan awalan seperti pro- dan anti- seperti yang terdapat dalam perkataan promahasiswa dan antikerajaan. Sejak akhir-akhir ini, awalam pro- dan anti- begitu luas sekali digunakan sehingga ia boleh sahaja ditambahkan kepada apa saja kata dasar untuk membawa erti memihak dan menetang/pertentangan dengan. Akhiran yan dipinjam daripada bahasa Inggeris ialah -isme seperti dalam nasionalisme dan -is seperti dalam novelis.

Daripada bahasa Arab pula, bahasa Melayu menerima imbuhan akhiran -ah seperti dalam ilmiah, -i seperti dalam insani, -in seperti muslimin, dan -at seperti hadirat. Imbuhan-imbuhan daripada bahasa Arab biasanya tidak produktif sebab ia tidak boleh ditambah sesuka hati kepada mana-mana kata dasar, sebaliknya kata dasar yang menerima imbuhan itu juga merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab.

Daripada bahasa Jawa, bahasa Melayu menerima satu awalan yang agak meluas juga diunakan, iaitu kata tata, seperti yang ditemui dalam tatabahasa, tatanegara, dan tatasusila, manakala daripada bahasa Sanskrit, bahasa Melayu menerima akhiran wan-, seperti dalam negarawan dan angkasawan, -wati dalam seniwati, -man dalam seniman, awalan maha- seperti dalam mahabesar dan awalan pra seperi dalam prasekolah.

No comments: