Monday, September 26, 2011

Petang Ahad 25hb. September 2011 semalam adalah tarikh keramat bagi pelajar saya, khususnya para pelajar sarjana seliaan saya yang telah dianugerahkan skrol mereka pada petang itu, tapi saya tidak bernasib baik kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan itu bersama mereka di dewan yang penuh gemilang itu (DECTAR). Selsema. batuk dan lelah telah menyerang dua tiga hari sebelum tarikh itu. Saya cuma menyatakan rasa gembira dan bahagia dengan menonton mejlis konvokesyen itu secara live. Alhamdulillah, UKM telah menyiarkan majlis itu secara langsung. Kalau tidak, terlepaslah saya.

Tahniah dan alf mabruk saya ucapkan kepada saudara Azharuddin, dan Kamaruzzaman Ideres yang berasal dari Malaysia, saudari Rahmah yang berasal dari Yaman, dan Mohd Naim, Zikrawahyuni dan Shahri Ramadona yang berasal dari Indonesia. Enam orang pelajar sarjana yang berjaya bergraduasi pada tahun ini memberi semangat kepada saya untuk terus membimbing para pelajar saya yang lain. Semoga tahun depan, akan ada juga pelajar seliaan saya yang berjaya menggenggam ijazah sarjananya, dan insya Allah akan ada seorang pelajar Ph.D yang akan konvo tahun depan.

Untuk semua pelajar yang telah bergraduasi semalam, tahniah diucapkan. Semoga ilmu yang diperoleh digunakan sebaik mungkin, demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

No comments: