Monday, May 16, 2011

Terima kaseh cikgu Yahya...

Hari ini semua orang teruja menyambut hari guru. 16 Mei menjadi ingatan kepada semua orang yang pernah ada guru...guru pertama adalah kedua ibu bapa kita...diikuti guru sekolah rendah, sekolah menengah dan guru di universiti/institusi pengajian tinggi. Kehidupan juga adalah guru...pengalaman juga adalah guru..

Pada hari ini, terkenang daku pada seorang guru...yang mendidikku ketika di sekolah rendah dahulu...yang sudahpun kembali menemui Pencipta bertahun-tahun dahulu, tetapi aku tak pernah melupakannya...kerana dialah orang pertama yang menyedari kerabunanku...dialah yang meminta ibu bapaku membawaku ke doktor mata (ketika itu aku berusia 9 tahun)...dengan sebab guruku itulah, aku dapat melihat wajah-wajah orang yang kusayangi dengan jelas... aku dapat menatap wajahnya dengan lebih jelas, dapat menyalin apa yang ditulisnya di papan hitam dengan baik, yang sebelum ini semua nota kusalin menerusi apa yang kudengar daripada mulutnya, bukan apa yang kunampak di papan hitam...guruku inilah yang mengajar aku mengarang...mengajar aku tawarikh dan ilmu alam...mengajar aku melihat dunia dengan caraku sendiri...Terima kaseh cikgu...kerana berjaya mendidikku sehingga berjaya...Semoga kau tenang di alam ssna.

4 comments:

Ijlal Binti Saja @ Mearaj said...

ustazah,, selamat hari guru.. moga beliau digolong dalam kalangan mereka yang soleh amin..

Anonymous said...

selamat hari guru ibu...terima kasih atas ilmu yg ibu curahkan selama ini..mohon maaf kerana selama menjadi anak murid ibu..semoga ibu sentiasa dirahmati Allah...

Maheram Ahmad said...

Terima kaseh Ijlal,,,terima kaseh Afizul...Semoga Allah merahmati kita semua. Amin!

Ermy said...

Selamat Hari Guru juga utk Dr. Maheram