Thursday, May 12, 2011

Tema Sajak Melayu

Tema sajak Melayu berubah mengikut perkembangan zaman. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, seperti:
1. Zaman Pendudukan Jepun: Tema yang seringkali ditemukan dalam sajak-sajak Melayu zaman ini ialah patriotisme, moral, alam, harapan, kenangan, agama, kemiskinan dan cinta.
2. Zaman Selepas Jepun (1946-1949): Tema-temanya ialah tema nasionalisme dan anti penjajah. Di samping itu, terdapat juga tema cinta, perjuangan, buruh/tani, introspeksi, moral, perubahan zaman, wanita, sastera/budaya dan alam.
3. Dekad 1950-an: Tema-temanya ialah cinta, perjuangan, buruh/tani, introspeksi, moral, perubahan zaman, wanita, sastera/budaya, alam, cita-cita, ketuhanan, kepimpinan dan perang.
4. Dekad 1960-an: Tema-tema yang diperjuangkan oleh para penyair 1950-an terus diperjuangkan oleh para penyair dekad ini, khususnya tema-tema yang dipersembahkan oleh ASAS 50. Ia menyangkut persoalan kemasyarakan dan keadaan politik tanahair.
5. Dekad 1970-an: Tema-temanya ialah tema perjuangan, kemunduran, moral, introspeksi diri, ketuhanan, sanjungan dan penghargaan, penyesalan, pembangunan, alam dan cinta.
6. Dekad 1980-an: Temanya semakin bertambah. Disamping meneruskan tema-tema yang diperjuangkan sebelum ini, para penyair juga memperluas horizon pengamatan mereka kepada nasib dan masa depan bangsa dan negara, kesedaran ketuhanan dan Islam, peri pentingnya integrasi nasional, introspeksi sejarah bangsa, dan catatan perjalanan yang bersifat intelektual yang turut mematangkan kehidupan seta tamadun bangsa yang masih dalam proses pembinaan (Sahlan Mohd. Saman 2005: 52, 69, 71, 83, 153, 178).

No comments: