Friday, April 22, 2011
Kerja yang bertimbun menyebabkan badan rasa lenguh dan berdenyut-denyut. Fikiran juga terasa penat dan perlukan kerehatan. Dalam suasana sebegini, membaca buku pun dah tidak ada gunanya lagi. Ia akan memenatkan lagi badan dan fikiran yang dah penat itu. Novel juga tidak kubawa ke pejabat hari ini. kalau tidak, membaca novel juga boleh menghilangkan rasa penat. Ia boleh menjadi terapi minda yang keletihan, namun ia tidak mungkin dapat menandingi kehebatan dan keindahan kalamullah. Kucuba juga untuk mengarang puisi atau pantun...tapi, baru sahaja kupegang pena dan kertas, baru ku teringat, sekarang dah pukul 3 petang...meeting sedang menunggu di bawah. jadi perlu pergi meeting dulu...dan nampaknya badan dan fikiran yang kepenatan tidak sempat kurehatkan lagi.. Jumpa lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment