Sunday, September 5, 2010

Bicara Hati

Sudah lama aku tidak melakukan aktiviti penterjemahan kecuali latihan yang dibuat bersama dengan mahasiswa/iku di kampus. Kekangan waktu memaksa aku melupakan seketika aktiviti itu, walaupun ada tugasan yang menanti. Terjemahan dan penyuntingan Rasail al-Nur belum sempat disiapkan walaupun date linenya telah habis. Memandangkan tugasan itu hanyalah kerja sukarela, maka batasan waktu sentiasa dilanggar walaupun sepatutnya aku tidak boleh begitu. Perjumpaanku dengan En. Khairul dan kawan-kawan pada hari Khamis minggu lepas telah membangkitkan semula semangatku untuk melakukan kerja dengan lebih bersemangat dan lebih cepat. Semoga usaha yang kami lakukan ini mendapat restu Allah swt.

1 comment:

Hafifi Borhan El Said said...

say hai to ustazah..
hai ustazah..Assalamualaikum...
nice blog...heh