Monday, August 15, 2011
Terjemahan Lisan dan Terjemahan Tulisan
Terjemahan pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, terjemahan lisan dan kedua, terjemahan tulisan. Terjemahan lisan lebih dikenali dengan nama interpretasi. Kedua-dua jenis terjemahan ini amat berbeza antara satu sama lain. Dalam terjemahan lisan, penterjemah dituntut supaya menterjemahkan teks bahasa sumber dengan cepat, baik dan tepat. Biasanya penterjemah tidak diberi peluang untuk berhenti walaupun sekejap, untuk membetulkan atau memperbaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah dan tidak sepenuhnya tepat padanan terjemahannya. Penterjemah juga disyaratkan mempunyai kemampuan berbicara yang baik, lancar dan fasih, baik dalam bahasa sasaran mahupun dalam bahasa sumber. Beliau juga sepatutnya mempunyai pengetahuan yang luas, berpengalaman dan mampu menafsirkan apa saja yang diujar oleh penutur. Oleh sebab itu, penterjemah lisan lebih dikenali dengan nama interpreter.
Manakala dalam terjemahan tulisan, penterjemah masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kembali unsur-unsur bahasa yang salah, atau kurang tepat padanan terjemahannya. Kefasihan berbicara tidak disyaratkan kepada penterjemah tulisan. Penguasaan kedua-dua bahasa, iaitu bahasa sasaran dan bahasa sumber secara pasif pun tidak menghalang seseorang penterjemah itu untuk menjadi seorang penterjemah yang baik (Suhendra 1994: 13-14).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment