Monday, August 15, 2011

Terjemahan Bebas

Penterjemahan bebas tidak terikat pada tingkat-tingkat tertentu sahaja, bahkan ia merupakan terjemahan tuntas. Biasanya terjemahan ini berada pada tingkat yang lebih tinggi daripada tingkat kata atau morfem, malah lebih luas daripada tingkat ayat.

Dalam terjemahan bebas, yang diberi perhatian oleh penterjemah ialah pesanan dan amanat yang ingin disampaikan oleh penulis teks asal, bukannya bentuk bahasa asal tersebut. Andaian ini dibuat berdasarkan tanggapan bahawa yang harus diterjemahkan ialah kandungan teks asal, bukan bentuknya. Oleh sebab itu, penterjemah berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan segala amanat penulis teks bahasa sumber. Dalam hal ini, segala daya dan kemampuan serta kreativiti penterjemah benar-benar teruji. Maka akan lahirlah satu karya terjemahan yang mengandungi gagasan dan pengalaman penulis asalnya, ditambah dengan gagasan dan pengalaman penterjemah itu sendiri. Karya terjemahan seperti ini akan menjadi bahan bacaan yang menarik kerana penterjemah menitikberatkan segala peraturan kebahasaan bahasa sumber di samping mengutamakan pesanan dan amanat yang harus disampaikan.

No comments: