Tuesday, July 5, 2011

Apa Peduli pada Kukuran, Nyiur juga Yang akan Habis

Maksud peribahasa ini ialah memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. Peribahasa lain yang sama makna antaranya ialah "apa kepada kukur, nyiur juga yang akan binasa", "enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang" dan "mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya". Maksud itu menunjukkan bahawa pelaksana akan sesuatu yang menjalankan tugas atau memikul beban yang diamanahkan. Mereka yang menyuruh hanya seakan-akan memberi arahan.

No comments: