Friday, January 31, 2020

Cerita dulu-dulu 02:

Anak buah saya tersenyum gembira hari ni kerana telah berjaya dalam ujiannya.  Apabila sebut pasal ujian dan peperiksaan,  teringat saya pada satu kesah dahulu... tapi dah lupa tahun bila dan semester berapa... yang penting,  peristiwa itu berlaku antara tahun 1986 - 1989. Ketika itu saya dah masuk u.  Saya tahu saya tak dapat jawab dengan baik paper tu... so,  apabila result keluar,  saya cpt-cpt pergi ke fakulti untuk melihat result tsb.  Pada masa tu,  semua result ditampal di papan kenyataan dengan nama dan nombor metrik yang jelas terang benderang... dan seperti biasalah,  ramai kawan yang suka melihat result kita.  Dan bagai yang dijangka,  saya dapat keputusan yang amat teruk (alhamdulillah,  bukan gagal)...itulah satu-satunya result teruk yg saya dpt sepanjang pengajian saya di univ.  Tahu tak apa yang saya buat?  Saya toreh (barisan yg ada nama dan result saya tu) dengan pisau nipis ( pisau tu saya dah bawa awal-awal lagi) dan simpan dalam poket.  Hahaha... jadi,  selamatlah.. tak ada org yg nampak result saya.   Lepas tu,  saya baliklah ke asrama dengan senang hati. Apabila difikir balik,  nakal juga saya... dan kesan perbuatan saya tu (saya rasalah), keputusan peperiksaan semester berikutnya ditampal di papan kenyataan yang bercermin dan berkunci... hahaha... padan muka,  dah tak boleh buat perangai lagi.

Kenangan lalu membuatkan saya tersenyum sendiri...

#rinduzamanuniv
#univkuwait

No comments: