Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang;
Semasa kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.
Sayang mualim terkena santau,
Santau bertepung dari Judah;
Baharu semusim pergi merantau,
Pulang ke kampung tergeliat lidah.
Anak merpati disambar helang,
Terbang ke titi di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
Hendak belayar ke Teluk Betung,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Anak kumbang terbang merayap,
Jatuh tercungap di dalam tangki;
Hendak terbang tiada bersayap,
Hendak hinggap tiada berkaki.
Dipetik dari:
Pelita Bahasa Januari 1996.
No comments:
Post a Comment