Monday, September 12, 2011

Bahasa Halus

Bahasa halus – التلطيف / تحسين اللفظ – Euphemism

Bahasa yang lebih sopan dan halus serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Biasanya, bahasa halus disukai oleh semua orang. Dalam terjemahan, penterjemah boleh meninggalkan bahasa taboo / bahasa larangan dan menggantikan bahasa itu dengan bahasa yang lebih halus dan lebih diterima oleh khalayak sasaran. Satu perkataan kasar atau taboo ada kalanya boleh digantikan dengan satu perkataan ataupun lebih. Sebagai contoh: dalam bahasa Melayu, perkataan mati boleh digantikan dengan meninggal dunia, atau pulang ke rahmatillah, orang gaji boleh digantikan dengan pembantu rumah, jaga boleh digantikan dengan pengawal keselamatan dan banyak lagi contoh lain. Begitu juga dengan bahasa Arab, perkataan al-mawt (الموت ) boleh digantikan dengan توفي فلان , انتقل إلى رحمة الله , لبى نداء ربه , وافته المنية , فاضت روحه , انقضى أجلهdan sebagainya. Perkara ini biasanya tidak mendatangkan masalah kepda penterjemah kerana gejala ini umumnya dapat dikesan dalam kebanyakan bahasa. Bahasa Inggeris juga sama seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mereka menggunakan passed away, expired, deseased, gone to his reward dan sebagainya untuk menunjukkan makna mati.

No comments: