Friday, August 19, 2011

Checklist untuk Penterjemah

Sebelum menyerahkan teks yang telah diterjemahkan kepada pelanggan anda, sila pastikan beberapa perkara berikut:

1. Omissions - Adakah anda terlupa menterjemahkan mana-mana perkataan atau frasa, atau perenggan?
2. Format - Adakah format yang anda gunakan sama seperti format teks asal?
3. Mistranslations - Adakah anda tersilap menterjemah mana-mana perkataan mahupun frasa?
4. Unknown words - Adakah terdapat perkataan yang tidak dapat anda terjemahkan, yang anda perlu semak atau cari maklumat lanjut mengenai perkataan itu?
5. Makna - Adakah anda terlepas pandang pada makna mana-mana perkataan atau frasa?
6. Ejaan - Adakah ejaan yang anda gunakan betul?
7. Grammar - Adakah terdapat kesilapan nahu pada terjemahan anda?
8. Tanda baca - Adakah anda telah menggunakan tanda baca yang betul?
9. Clarity _ Adakah terjemahan anda jelas?
10- konsisten - Adakah anda konsisten dalam menggunakan istilah atau sebagainya?
10. "Sound-alike" words - Adakah anda tersilap menterjemahkan sesuatu perkataan kerana bunyinya sama dengan bunyi perkataan dalam bahasa sasaran anda padahal sebenarnya ia berbeza?
11. Style - Adakah terjemahan anda memancarkan gaya teks asal?

Senarai semak ini penting untuk penterjemah, sekurang-kurangnya ia dapat membantu penterjemah melihat/menilai semula terjemahannya agar perkara-perkara penting tidak tertinggal.

No comments: