Monday, April 11, 2011

Minggu Peperiksaan Akhir

Minggu ini bermulanya peperiksaan akhir semester. Para pelajar yang mengambil subjek PPPJ1213 akan menduduki exam pada 15hb ni, manakala exam untuk kursus PPPC6173 pula akan diadakan pada hari Khamis 14hb. nanti. Aku percaya mereka semua sedang berhempas pulas mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebagai guru, aku turut dapat merasakan debaran yang dirasai oleh para mahasiswa/iku. Harapanku agar mereka dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Semoga mereka semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang.

2 comments:

Muhammad bin Razali said...

Doakan kejayaan kami ustazah. PPPJ1213 Terjemahan Arab - Melayu - Arab I.

Maheram Ahmad said...

Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Kejayaan anda bererti kejayaan saya juga. Selamat menghadapi ujian final.