Lepas kelas pukul 2 petang hari Isnin lepas (14/2/2011), saya ke bilik rehat JPATi. Terkejut juga saya apabila melihat ada tiga biji kek di situ. Siapa pula yang belanja kek waktu makan tengahari begini. Dalam saya tertanya-tanya tu, tiba-tiba saya diberitahu itu adalah kek hari lahir saya yang disediakan oleh teman-teman sepejabat. Tak saya sangka mereka ingat tarikh lahir saya, ataupun mungkin mereka terbaca apa yang saya tulis di fb saya.
Seronok sungguh saya waktu itu. Sebenarnya lebih kepada terharu. Waktu begitu teringat saya pada arwah ibu tercinta. Terkenang detik-detik bersamanya sebelum ini. Rindu teramat sangat padanya.
Kami menjamu selera tengahari itu dengan gembira. Terima kaseh diucapkan kepada semua yang terlibat meraikan hari lahir saya.
Saya makan banyak sekali. Dua potong setengah kek habis saya makan tengahari itu. Seronok betul dapat kawan seperti anda semua. Semoga Tuhan merestui persahabatan kita dan membantu kita melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Terima kaseh daun keladi. Ada rezeki, saya belanja anda semua pula nanti...!
1 comment:
إن من أحب الأعمال إلى الله إدخال السرور على قلب المؤمن, وأن يفرِّج عنه غمًا, أو يقضي عنه دينًا, أو يطعمه من جوع) أخرجه البيهقي في شعب الإيمان
Post a Comment