Baru dua hari kami dapat tengok TV semula, selepas 1 bulan (lebih kurang) Astro kena potong. Sengaja lambat bayar untuk lepaskan geram. Bayar 3 bulan sekali, lambat bayar sikit terus potong. Rasanya untuk dapatkan duit penyambungan semula. Orang bisnes memang selalu nak cari untung. Duit kita (bayaran 3 bulan ke depan) tu bila dah masuk bank, banyak juga bunga yang masuk poket dia. Kita lambat bayar sikit, terus dipotong dan bila bil dah dibayar, dia tak cepat sambung pun, kena talipon lagi. Dah tu bukan mudah nak dapatkan layanan daripada manusia (sebab mesin yang menjawab).
Masa lambat bayar, cepat je semak akaun kita, masa nak sambung semula, lambat pulak dan tak reti nak semak akaun kalau tak diberitahu. Tujuannya satu je kut..potong untuk kumpul duit penyambungan semula.
Saja nak lepaskan geram...!
2 comments:
Geram
Geram jangan engkau geram ( geram geram )
Geram bermacam ragam ( bermacam ragam )
Kerana suka kerana marah
Janganlah kau geram
( 2X )
Bila kau melihat gadis yang cantik
Engkau pun cuba menggoda
Tetapi jikalau dia tak layan
Tentulah engkau geram ( em geram )
Kalau ada orang sakitkan hati
Tentulah kau jadi marah
Tetapi tak usah kau geram ( em geram )
Kau geram ( em geram ) ( 2X )
Apalah gunanya kau geram
Lebih baik diam diam
( ulang dari mula )
Hai menyanyi pulak... tak boleh hilangkan geram, bertambah geram adalah. Mari kita baca al-Qur'an untuk sejukkan hati...
Post a Comment