Mengetuk Pintu Langit merupakan kumpulan puisi Nahmar Jamil yang memaparkan satu bentuk pemikiran yang amat luas. Penyair bukan sahaja mengangkat permasalahan tempatan yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan agama, malah menjangkau permasalahan sejagat. Permasalahan umat Islam di seluruh dunia yang sedang menghadapi cabaran getir daripada pelbagai pihak diungkapkannya dengan keseimbangan fikiran dan perasaan bagi menyampaikan pesan yang berkesan kepada khalayak pembaca.
No comments:
Post a Comment