Friday, August 19, 2011

Salah Faham mengenai Terjemahan

Beberapa salah faham yang biasa berlaku:

1. Sesiapa sahaja boleh menjadi penterjemah, walaupun hanya 2 tahun belajar bahasa asing atau tinggal beberapa tahun di negara lain/asing semasa kecilnya.
2. Tidak ada perbezaan antara terjemahan, transkripsi dengan transliterasi.
3. Penterjemah yang baik tidak perlu merujuk pada mana-mana sumber.
4. Penterjemah akan digantikan oleh komputer.
5. Penterjemah tidak perlu cekap mengeja kerana mereka boleh merujuk kepada "spell checker" di komputer masing-masing.
6. Penterjemah yang baik boleh menterjemah dengan baik pada cubaan pertama, tanpa perlu menyemak, atau menyunting atau membaca pruf.
7. Penterjemah yang baik ada ramai.
8. Jika anda boleh menaip dalam bahasa asing, maka anda boleh dikira sebagai penterjemah yang baik.
9. Translators can translate both ways just easily.
10. Seratus halaman buku yang ditulis dalam masa 4 bulan oleh beberapa orang penulis boleh sahaja diterjemahkan dalam masa dua hari.

No comments: