Thursday, June 30, 2011

Semalam ku bermimpi lari dari rumah...kerana dimarahi ayah. Ku bawa diri ke rumah seorang teman lama, yang neneknya adalah bidan yang menyambut kelahiran adik-adikku.


Dalam mimpi itu, arwah ibuku juga ada. Aku tak ingat kenapa ayah memarahiku... sebaik terjaga, aku termenung panjang. Kenapa mimpi sebegitu menjelma dalam tidurku? Adakah kerana aku sudah lama tidak menghubungi ayah...atau kerana aku sudah lama tidak sedekahkah al-Fatihah buat ibuku...tetapi baru tiga minggu lepas aku jumpa ayahku...dan setiap hari kuingati dan rindui ibuku..ah! Mimpi...kau adalah mainan tidur, datang dan pergi tanpa diundang...usah difikir lagi mimpi itu.

No comments: