Wednesday, June 29, 2011




Hari ini, terlambat ke pejabat. Sebaik selesai bersiap dan ingin melangkah keluar, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Pada mulanya, ingin kuredah sahaja hujan itu, tetapi apabila memikirkan si kecilku Ilham, niatku terbatal. Takut juga kalau-kalau anak kecil ini diserang demam apabila tertimpa hujan, walaupun jauh di lubuk hati, ku cukup sedar bahawa tiada siapa yang berkuasa selain Allah. Hanya Dia yang berkuasa atas segala-galanya, hatta untuk memberikan penyakit waima menyembuhkannya.Apakah tahap tawakkalku kepada Allah masih kurang...? atau itu ikhtiarku untuk mengelakkan diri daripana terkena masalah...Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbuku di hatiku. Ampunkan hamba-Mu ini ya Allah. Hanya doa mampu kupanjatkan, agar kita semua selamat sejahtera...

No comments: