Friday, January 31, 2020

Cerita dulu-dulu 02:

Anak buah saya tersenyum gembira hari ni kerana telah berjaya dalam ujiannya.  Apabila sebut pasal ujian dan peperiksaan,  teringat saya pada satu kesah dahulu... tapi dah lupa tahun bila dan semester berapa... yang penting,  peristiwa itu berlaku antara tahun 1986 - 1989. Ketika itu saya dah masuk u.  Saya tahu saya tak dapat jawab dengan baik paper tu... so,  apabila result keluar,  saya cpt-cpt pergi ke fakulti untuk melihat result tsb.  Pada masa tu,  semua result ditampal di papan kenyataan dengan nama dan nombor metrik yang jelas terang benderang... dan seperti biasalah,  ramai kawan yang suka melihat result kita.  Dan bagai yang dijangka,  saya dapat keputusan yang amat teruk (alhamdulillah,  bukan gagal)...itulah satu-satunya result teruk yg saya dpt sepanjang pengajian saya di univ.  Tahu tak apa yang saya buat?  Saya toreh (barisan yg ada nama dan result saya tu) dengan pisau nipis ( pisau tu saya dah bawa awal-awal lagi) dan simpan dalam poket.  Hahaha... jadi,  selamatlah.. tak ada org yg nampak result saya.   Lepas tu,  saya baliklah ke asrama dengan senang hati. Apabila difikir balik,  nakal juga saya... dan kesan perbuatan saya tu (saya rasalah), keputusan peperiksaan semester berikutnya ditampal di papan kenyataan yang bercermin dan berkunci... hahaha... padan muka,  dah tak boleh buat perangai lagi.

Kenangan lalu membuatkan saya tersenyum sendiri...

#rinduzamanuniv
#univkuwait
Cerita dulu-dulu 01:

Masa tingkatan 1 dan 2, kami belajar semua subjek. Antara banyak-banyak subjek tu, yang paling tidak diminati ialah subjek sejarah dan ilmu alam. Oleh itu, masa naik ke tingatan 3, saya pilih aliran sains. Lega rasa sebab tak perlu hafal tarikh dan lukis peta. Alhamdulllah, keputusan peperiksaan tingkatan 4 amat membahagiakan. Semua subjek dapat A, tetapi kerana ingin mendalami bahasa Arab, saya pilih Fakulti Sastera semasa isi borang universiti. Akhirnya saya masuk ke Fakulti Sastera, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab...dan akhirnya, saya belajar sejarah melalui sastera.
#terkenangmasalalu
#Kuwait1983

Saturday, January 11, 2020

Assalamualaikum semua...
Moga sihat sejahtera hendaknya.
Sudah lama saya tidak menulis di blog ini.  Ya lah... sekarang ni pelbagai media sosial yang muncul di arena,  contohnya facebook dan instagram.. yang rasanya lebih popular berbanding blog. Ramai yang beralih arah ke sana,  termasuklah saya. 

Hari ni,  teringat pula pada blog ni.  Terasa bersalah pula apabila sudah lama tak menjengah ke sini.  Apabila melihat bilangan pelawat yang melawat blog ni,  terkejut juga saya... ramai juga yang sudi membaca tulisan saya di sini.  Terima kasih semua.  Rasanya saya akan kembali aktif di sini.  Doakan saya... dan selamat membaca.

Tuesday, January 2, 2018

Hari ini, 2 Januari 2018. BARU masuk dua hari di tahun baru. Hari ini dan lebih tepat lagi, pada petang ini, murid-muridku akan menduduki peperiksaan akhir subjek PPPJ2443 - Terjemahan Arab-Melayu-Arab II (TAMA 2). Mereka semua sudah memasuki Dewan DTAMS...Ketua Pengawas sedang membaca arahan, dalam bahasa Inggeris, kerana terdapat pelajar antarabangsa. Para pelajar sudah mula menjawab soalan...mula 3.30 pm dan akan tamat pada pukul 5.00pm...SEMOGA mereka semua dapat menjawab dengan tenang. BIL-NAJAH WA  AL-TAWFIQ.

Friday, August 25, 2017

Tanpa judul...

Anakku masih kecil. Dia anak tunggal. Tiada abang, tiada kakak, dan tiada adik. Kami hanya berdua. Hanya aku tempat dia bermanja, tempat dia melepas rasa, tempat segala-galanya. Dia menjadi seorang anak yang manja, kadang-kadang mengada-ngada, dan banyak kali pula, tidak boleh berdikari dan tidak mendengar kata. Banyak benda tidak boleh dilakukan sendiri, walau sudah berulang kali aku mengajarnya. Sering kali juga, kata-kataku tidak diendahkan, tidak diambil peduli... bahkan disambut senyuman perli...

Aku seorang ibu yang bukan penyabar mana. Sering kali aku terbabas. Bila tak tahan dengan perangainya, aku naik darah, dan biasanya, pahanya lah yang menjadi sasaran cubitanku...dia, sudah tentu, menangis, menjerit...walaupun sakitnya tidaklah seperit mana...

Siapa kata aku tak menangis...aku juga menangis di dalam...peritnya hanya Allah yang tahu. Aku selalu berusaha untuk menjadi seorang ibu yang baik, yang penyayang, yang penyantun, yang lembut hati... mudah bicara, seorang ibu yang tidak garang, yang bukan pembengis. Aku tidak mahu jadi sebegitu. Aku sentiasa berdoa, dan tidak akan berhenti berdoa...semoga Allah membantu aku untuk mendidik dan membesarkan anakku ini dengan penuh kasih sayang, penuh tanggung jawab...

Bersambung...